my followers

Tuesday 17 December 2013

PERPISAHAN YANG ABADI

Assalamualaikum.. hari ini Dinie sedih sangat II… Dinie baru tahu tentang kematian dia… Ya Allah aku tak sanggup untuk melalui detik-detik kehilangan seorang lagi sahabat, semasa di tingkatan dua dulu aku pernah kehilangan seorang sahabat, dia pergi kerana accident, tak sangka aku akan kehilangan seorang lagi sahabat, sekarang sekali lagi aku diduga juga kehilangan sahabat akibat accident walaupun dia hanya sahabat di alam maya tetapi aku tetap menyayanginya sebagai seorang teman.. dia sangat periang, baik hati dan selalu  buat tema II nya tersenyum. Aku masih ingat  lagi perkenalan kami bermula di laman cbox penulisan2u, budak II cb yang baca entry ni mesti boleh agak kan siapa dia? dia selalu mengusik kitaorang pakai pic yang menakutkan kitaorang. Lepas itu dia juga la yang memperkenalkan ask.fm kepada ku.. dia lah yang mengajar aku cara II nak buat acc ask tu.. di ajar sehingga aku betul II faham :D  di situ kami kenal lebih ramai lagi kawan II.. disitulah kami selalu kongsi pelbagai cerita,  sampai lah aku nak amek exam stpm.. masa tu aku off ask selama sebulan,  dan tak sangka itulah doa terakhir dari dia, lepas exam aku on balik ask dan sentiasa ternanti nanti ask dari dia, sampaii la aku terbaca ask fina, ya aku terkejut sangat, terasa ini semua seperti mimpi, *menangis* itulah hakikatnya apabila aku baca ask tu, kini semua itu tinggal kenangan, sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak citer.. tapi diri ini tidak kuat.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang II yang beriman.. sama II kita hadiahkan sekalung Al-Fatihah buat arwah.. sahabatku kau sentiasa ada dalam ingatan kami semua…

No comments:

Post a Comment