my followers

Monday 22 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN II

Dalam bulan yang penuh berkat ini maka marilah kita sama II meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah Ta'ala. Marilah kita berazam di bulan ini :

  • Bulan yang kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah agar diampunkan segala dosa kita
  • Kita banyakkan berzikir, beristighfar berselawat dann seumpamanya, kita tetapkan zikir kita umpama ingin berzikir 10 ribuu sehari atau mengikut kemampuan masing-masing.
  • Sekurang-kurangnya kita khatam Al-Quran sekali sama ada secara tadarus atau sendirian dalam sembahyang atau luar sembahyang.
  • Bangunlah pada waktu malam bertahajjud dan munajat di malam hari kepada Allah.
  • Banyakkan bertafakur dan berkhalwah dengan menumpukan tawajjuh kepada Allah agar hati kita tunduk kepada-Nya.
  • Jagalah anggota kita daripada maksiat terutama maksiat mata dan lidah.
  • Infaklah harta pada jalan Allah dalam keadaan ikhlas.
  • Berbuka dan bersahurlah dalam keadaan mengikut sunnah dan jauhkan daripada pembaziran.
  • Sempurnakan solat terawih sebanyak 20 rakaat dan witir.
  • Jangan abaikan ilmu dengan mendengar tazkirah dan seumpamanya.    
PUASA AKAN SEMPURNA DENGAN MENJAGA 5 PERKARA BERIKUT :
  1. Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'.
  2. Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain.
  3. Menahan telinga daripada sesuatu yang dibenci, contoh : nyanyian yang melalaikan.
  4. Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman syubhah, contoh : produk Yahudi dan sekutunya.
  5. Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.
Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak malakukan hal-hal yang berikut : 
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada orang tuanya
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya
Maka Rasulullah saw pun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang menge-aminkan adalah Rasulullah saw dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Sama-samalah kita renungkannya. Wallahu a'lam.

Sunday 21 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN

BONUS DAN TAWARAN ISTIMEWA DI BULAN RAMADHAN

               Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan 'bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan ini dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : ''Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu'' (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

              Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapatkan bonus dari majikan kita. Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?? Sudah tentu jawabnya kerana : "dapat duit" (Bai'ah) ??? . Mengapa kita seronok mendapat duit?? 
Jawabnya: kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain. Lalu berapa lamakah keseronokkan dan perkara tadi ?? Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat. Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan?
Jawabnya : paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.

             Baiklah, selepas kematian adakah kita masih ada seronok ?. Jika tidak, mak apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ? Jawabnya : tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah SWT dan ia pastinya amat panjang.

             Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus dan insentif duit ? Sedangkan Ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya.

            Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada 'bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiap yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya menunjuk-nunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan 'bonus' dan tawaran istimewa 'pahal luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.

            Selain itu, pahala 'bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji  bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, menfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuas. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya: 

           "Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkal puasa, mak tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari)
       

my birthday

assalamualaikum... yeayyyyy

happy birthday to you happy birthday to you happy birthday to fadinie !!! yesss akhirnya... hmm taon niii bday msih dalam bulan puasa 21.07.13... tahun lepas pun same... x de yang menarik pun setiap kali hari lahir.... just dapat wish jer dari kawan II... hmmm frust juga laaa tunggu 'dia' call p x call pun just wish kat fb :'( *crying* first dapat wish dari mida pukul 11.59.. hehe tq frenzzz coz ingat my bday.. second dpt wish dari abang angkat... k laaa otak dh tepu x taw nk cter ape.. tu jer yang dinie dapat citer.. sorry.. :(

Wednesday 10 July 2013




Assalamualaikum...

JaDiKaN rAmAdHaN kAlI InI sEbAgAi UnIvErSiTi YaNg mEnGaJaR kUlIaH iTu iBaDaH, tUtOrIaL iTu ImAn, AssIgMeNt ItU TaKwA & aMaLi ItU aGaMa HoPe KiTa pErOlEh IjAzAh KeReDhAaNya... mAaf DiPiNtA JiKa aDa tErKaSaR BaHaSa.... SeLaMaT mEnYaMbUt BuLaN RaMaDhAn 


NAWAITU: sombogoo sjooo aqu posooo, blii nsi air x sey ladoo, air cendoll wt ile dhgoo, lpasss mkee thox rato2, blik umh wt muko koongooo, bia ore tgokkk brasooo nyakkkyooo... hehehehe SELAMAT BERPUASA... poso penuhhh ekkk tahun nihh 6t dpat upohhh...


yeaaayyyy!!!! Ramadhan tiba lagiiiii !!! alhamdulillah... syukran... Allah masih memberi kesempatan untuk kita semua bertemu dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan ramadhan... janganlah kita mensia-siakan bulan ini  kerana bulan inilah ganjaran pahala yang berlipat ganda... Masa ni lah kita nak to up balikkk pahala... oke la SELAMAT BERPUASA SEMUA... *the end*