my followers

Friday 3 January 2014

HAPPY NEW YEAR & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

          
my school

04.01.14 - Haluuu frenzz eh assalamualaikum…. Amacam sihat tak  hari ni ? mesti sihat kan, hope korang sentiasa happy.. btw happy new year, tak terlambat lagi kan untuk mengucapkannya ? *muka blur * umur pun dah meningkat satu angka.. korang sambut tahun baru kat ne ? dinie sambut kat umah jew :3 sambut depan tv + lappy XD.. hah ape azam tahun baru ? yang masih bersekolah tu selamat kembali ke sekolah *diri sendiri pun masih bersekolah* tahun terakhir pakai baju sekolah bagi batch #95 .. sob sob sob…  sedih nye lepas ni dah tak boleh nak pergi sekolah pagi II berkumpul kat medan perhimpunan :’( 01.01.14 hari pertama bersekolah untuk tahun ni laa.. biasa la hari pertama sekolah dah ramai yang datang lewat tak termasuk dinie la.. haha *sentiasa awal* pelajar contoh *perasan* lepas kitaorang semua berkumpul kat medan perhimpunan tu semua pelajar diwajibkan ke musolla untuk solat hajat sempena tahun baru persekolahan.. then bagi pelajar f4 diorang ade pakej pemilihan mata pelajaran  kat kantin.. yang lain masuk kelas and belajar seperti biasa termasuk la f6.. dinie salah seorang nya .. tapi tapi tapi nak belajar camne jadual untuk f6 belom dapat lagi.. hari tu kelas kitaorang kat tingkat paling atas.. fuhhh lotih ooo naik tangga tinggi II mase subjek pertama guru kelas datang bagi jadual.. then dengar la taklimat sebenarnya nasihat dari cikgu sejarah..  huuiii tiba II ada cikgu datang Tanya kitaorang nak still kat tingkat atas ke nak pindah ke tingkat bawah.. wooohaa !! masing II jerit nak pindah tingkat bawah XD *yes*…  huhu ok la setakat ni jer dulu dinie citer, lain kali sambung lagi.. sayonara XD 

Tuesday 17 December 2013

PERPISAHAN YANG ABADI

Assalamualaikum.. hari ini Dinie sedih sangat II… Dinie baru tahu tentang kematian dia… Ya Allah aku tak sanggup untuk melalui detik-detik kehilangan seorang lagi sahabat, semasa di tingkatan dua dulu aku pernah kehilangan seorang sahabat, dia pergi kerana accident, tak sangka aku akan kehilangan seorang lagi sahabat, sekarang sekali lagi aku diduga juga kehilangan sahabat akibat accident walaupun dia hanya sahabat di alam maya tetapi aku tetap menyayanginya sebagai seorang teman.. dia sangat periang, baik hati dan selalu  buat tema II nya tersenyum. Aku masih ingat  lagi perkenalan kami bermula di laman cbox penulisan2u, budak II cb yang baca entry ni mesti boleh agak kan siapa dia? dia selalu mengusik kitaorang pakai pic yang menakutkan kitaorang. Lepas itu dia juga la yang memperkenalkan ask.fm kepada ku.. dia lah yang mengajar aku cara II nak buat acc ask tu.. di ajar sehingga aku betul II faham :D  di situ kami kenal lebih ramai lagi kawan II.. disitulah kami selalu kongsi pelbagai cerita,  sampai lah aku nak amek exam stpm.. masa tu aku off ask selama sebulan,  dan tak sangka itulah doa terakhir dari dia, lepas exam aku on balik ask dan sentiasa ternanti nanti ask dari dia, sampaii la aku terbaca ask fina, ya aku terkejut sangat, terasa ini semua seperti mimpi, *menangis* itulah hakikatnya apabila aku baca ask tu, kini semua itu tinggal kenangan, sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak citer.. tapi diri ini tidak kuat.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang II yang beriman.. sama II kita hadiahkan sekalung Al-Fatihah buat arwah.. sahabatku kau sentiasa ada dalam ingatan kami semua…

Monday 2 December 2013

The Memory of 6 Bawah Wawasan (Jamuan Akhir Tahun 2013)

Jamuan akhir tahun 6 Bawah Wawasan 2013 (pra u)

hollaaaaa ;) alamak ! tak ingat nak bagi salam la pulak. assalamualaikum saudara saudari sekalian, errr terasa macam formal la pulak ! hahaha kali ni saja je update entry nak cite sal   jamuan akhir tahun jew :P sebenarnya jamuan ni dah lama, sebelum kitaorang exam lagi ;) masa hari jamuan tu aku demam !  yeaa aku demam, *malaz makan ubat* tapi aku kuat kan jugak semangat semata-mata nak join diorang sambut jamuan tu! jamuan 6 bawah dan 6 atas digabungkan buat sekali gus.. fuh !! malu siot bila senior-senior duk tengok jew kami buat keje.. maklumlah kami ni kan bdat hot kot, hahaha perasan lagi.. um masa pagi-pagi tu aku sengaja sibuk kan diri buat keje walaupun badan tak berapa kuat sangat.. tapi aku paksa jugak diri ni tak boleh nak dimanjakan sangat nanti naik lemak pulak... hehe malam sebelum jamuan tu Hawa salah sorang bestie aku suruh bawa kain sarung. kalut aku terjah almari cari kain ssarung tu! sebab apa?? sebabnya cik Hawa tu tak bagi tahu awal-awal nak kain sarung ni mesti untuk jamuan tu..        hehe kesian cik Hawa ni mesti sibuk maklumlah naib pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar..


ehem  hari jamuuan tu mula-mula kitaorang berkumpul macam biasa kat medan perhimpunan la kat mana lagi.. lepas dah dapat taklimat dari cikgu dan bacaan doa dari pengawas yang bertugas pada hari tu kitorang naik ke kelas masing-masing.  pastu Cik Hawa dan Cik Mida ajak kitaorang semua  ke dewan pra u untuk persiapan jamuan tu la... huhu mula-mula susun meja then pasang kain sarung yang aku bawak tu.. lepas tu  Ikmal suh kitaorang jadi kreatif sikit hari tu, di suruh kitaorang buat menda tah dengan kertas wane wani ... sebenarnya persiapan tempat ni diketuai oleh Ikmal la salah sorang AJK MPP dibantu oleh ahli-ahli yang sengkatan denganya.. haha busy betol !! masing-masing busy dengan tugas tapi sempat lagi snap pic :D hatu gambar lah katakan.. masa jamuan ni la kami boleh mengeratkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar 6 bawah dengan 6 atas termasuklah pelajar-pelajar dari kelas lain.. ada sorang abang tu sibuk jer nak join kitaorang buat *mende alah* yang ikmal suruh buat tu la.. hehe tu name baru mende tu.. siap hias dewan kitaorang balik ke kelas kitaorang la kelas sape lagi... hehe dekat jer kelas kitaorang dengan dewan tu tak perlu susah- susah nak  naik tangga.. dari dewan jalan straight jew jumpa la kelas kitaorang.. balik kelas snap pic lagi... tengah sedap-sedap snap pic ade senior mai kat kelas hantar kek :D kek !!!! cikgu K belanje !!! suka suka suka. lepas dh potong kek tu mula la perangai gila-gila kitaorang main suap-suap kek :D haha dah siap melantak kek kitaorang pegi kat dewan balik tuk ambil makanan jew tak makan un kat dewan tu tapi kitaorang bawa balik kat kelas makan kat kelas.. nak di dijadikan cerita kerusi-kerusi kelas kitaorang dah diangkut oleh ikmal n the geng ke dewan hanya tinggal kerusi yang tak ok jew kat kelas. nak taw kami duduk atas apa tuk makan tu ??? atas kertas majung ooo *dalam fikiran kitaorang bayangkan konon-kononnya tengah naik tikar terbang yang macam dalam cerita P.Ramlee tu*  hahaha makan makan makan !!! hah dah siap makan demam ak makin kuat :( sob sob sob  huhu sambung berehat atas tikar terbang ;) tapi sempat lagi snap pic :D hah kan betol kitaorang memang posing habis la hari tu! pastu sambung sembang sampai la waktu balik :D


Haaaa!! Ni la muka budak demam tapi masih ade hati nak bergambar :D wif C.Ainy & C.Mida




Hehehe tengok la perangai gila-gila kitaorang ni !!! wif geng 6BW

P/S : Haaa mesti korang nak tengok lagi pic kan?? Ala mengaku la nak malu-malu kucing pulak.. urm korang tengok jela video.. video tu akan di upload kemudian.. jangan marah haa :D
Senyum tak perlu kata apa-apa


THE END : PUBLISH

Saturday 30 November 2013

Disember Datang Lagi


kau ada di kala ku suka
di kala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada di kala ku perlu
setia menemaniku
pegang erat tanganku bila aku jatuh
kaulah yang selalu
selalu menemaniku
mendengar kisah pahit manis hidupku
kaulah yang di situ setia menungguku
kaulah yang satu menjadi sahabatku
kau ada di kala ku jatuh setiap bangunku
terus menemaniku tanpa rasa jemu
kau ada di setiap tawa, di kala bahagia
kau menjadi sahabatku selamanya... 



hehehe mesti korang hairan kan apa kaitan bulan disember dengan lagu sahabat-najwa latif tue..
alaaa dah tak yah kerut-kerut kan sangat dahi tue, nampak macam dah  tua la buat  muka cam tu! huhu sebenarnya takde kaitan pun lagu tu dengan tajuk diatas, saje jer nak letak *kasi panjang sikit* hari ni hari apa?? berapa hari bulan?? wowowo dah 1 Disember 2013 kan, pantasnya masa berlalu, sedar tak sedar tahun 2013 bakal meninggalkan kita... terlalu banyak kenangan yang tak boleh dilupakan sepanjang tahun 2013 kan?? adakah anda sudah menilai, buat kunci kira-kira apa yang telah anda lakukan sepanjang tahun ni?? masa masih ade, manfaatkan bulan Disember ni dengan perkara yang lebih berfaedah.. 

haaa.. sekarang korang dah mula bercuti panjang kan?? *budak sekolah jer* yang mahasiswa mahasiswi tu korang baru jer habis cuti panjang kan?? so study elok-elok, jangan main-main mata pula... sekarang giliran kami pelajar-pelajar sekolah pula untuk bercuti sakan.. ;) *jangan jeles* hmm nak buat ape ea cuti-cuti ni?? ape lagi study la ! *Dinie koe tu dah nak amek STPM penggal 2 & 3* so study jangan taw online jer keje... hehe kan dh kena :V....

 Disember Oh Disember.. sape yang hari lahir dia bulan Disember angkat tangan *nak kasi hadiah sikit* happy birthday !! tak kire la yang sambut hari ni atau hari-hari yang akan datang, yang peting bulan Disember.. nak taw ape hadiah nya?? eh mane boleh itu rahsia ;) 01.12 birthday tikah, 03.12 birthday alin, 04.12 birthday nora, 17.12 birthday my lovely sis, 19.12 birthday my cuties cousin dan 27.12 hari ulang tahun Dinie punye abang angkat.. waaa x aci betul diorang boleh sambut sama-sama birthday tu !! pape pun selamat hari tua sayam-sayam semua ;) mmuuuahh

    the end : publish

Peperangan Pertama Dah Berakhir

haii korang nak pegi mane tue?? meh la singgah sini kejap, nak merapu nii.. korang sudi dengar tak?? eh mane la korang  boleh dengar kang??? takpe takpe korang dah baca pun dh lebih dari  cukup ;)

 25.10.13 - tepat jam 1.00 petang...yahooo !!! itulah jeritan daripada pelajar-pelajar STPM penggal 1 2014. akhirnya merdeka juga kitaorang.. eh assalamualaikum, lupa pulak nak bagi salam *muke malu* hehe sebenarnya hari tue last kitaorang exam STPM untuk tahun ni la kan.. tahun depan ade lagii :)  kertas terakhir kitaorang exam ialah sejarah.. fuuhh soalan sejarah mencabar betul.. nasib baik tak gugur jer rambut kitaorang, masa pengawas peperiksaan panggil masa dewan muke kitaorang nii punye la excited nak jawab soalan sejarah.. hehe bila dah dapat soalan masih lagi boleh tersenyum :) hah masa pengawas tue cakap "oke semua pelajar diminta semak soalan yang diberi"  huh masa tue baru la kitaorang terkena "monkey shock'' atau lebih tepat lagi terkejut berukk.. mana tak terkejutnya.. soalan yang diramal semua tak masuk..pastu buat-buat baca soalan then pandang kiri, pandang kanan, pandang depan, pandang belakang.. masing-masing dh monyok.. *petanda awal tak dapat jawab soalan sejarah yang susah tahap tak boleh cakap dah* 10 minit pertama buat-buat tulis no ic dan angka giliran, pastu tayang muke yang berkerut seribu... toleh kiri, toleh kana, sambung tengok soalan .. try jawab... bla bla bla.. siap juga soalan pertama.. lagi  tiga soalan...
sambunng jadi ikan termenung.. nak toleh belakang tak boleh pengawas selalu catwalk jerrr. -___-  termenung punya termenung lastly siap la juga jawab soalan-soalan yang tahap memebunuh tue...  tapi tak taw la betul ke salah.. lepas pengawas dah kutip semua kertas jawapan kitaorang, suasana dewan yang pada mulanya sunyi tahap yang menyeramkan tue dah jadi macam suasana kat pasar ikan jer.. mana tak nya semua sibuk luahkan perasaan tak puas hati dengan soalan sejarah.. tawakal je laaa.. seorang demi seorang keluar dewan then sengih-sengih tayang gigi.. hahahahahaha buat-buat muka ceria padahal tengah tension.. so tamat la exam untuk kami semua tahun ni jer... jangan lupe tahun depan masih ade meeting , dating dengan soalan-soalan tahap killer tue.. ;) 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiG_wLfhYvwaaF7T-PWx_BrNDr3YWuUzjuzRlG97bN2_OUAotSWJ8oRZ-c5sXr-dHtH_EHyrS8Hhj7pU9GB9O3b9gBC4en8SLlu9Gq0u6eyGFSNsXXI_H460yxsTLIOwyyvpeD8NhdhWQ/s320/778646_426591197466895_491199466_o.jpg


yeeeaaayyyy !! exam dah abiss.. bye2 AWAS jumpe lagi tahun depan  ;)  (muka-muka gembira exam dah abiz)




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGhOTydx-kq_z-5b5a_YDMPaPrumv0qOgbHYWIGXkMlJ3RsBTB1oXa1P_90Ablmo1A1Oo7kpn-c0tgRqdNuUg3PfVPqkzAMLGGd7NjsEbCAI3JiDvWjVVsfN_9eA0RZXySAHNWkjA7bQ/s320/1399610_426591337466881_846786847_o.jpg


      kami dah nak balikkk.. nak ikut?? jum2
    (caantik tak boys yang kat belakang tu buat catwalk?? :)




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTmffl6mCYPqkkKAH_xHRM01Rhfp7U5Jct0mevBz351zddH0vOoaLtuK3v5hWuSP_tVTQSD2YQmDJ2EiEpi9_hu9sc4XQA99RbWJdDKoEHRrHWeFEg0bd4iklv2WasjvUDOCkBFRzkOg/s320/1401202_426591047466910_926865457_o.jpg

       hahahahaha no coment !!!  jangan lupekan AWAS yer... :)

                                               
the end : publish