my followers

Tuesday 17 December 2013

PERPISAHAN YANG ABADI

Assalamualaikum.. hari ini Dinie sedih sangat II… Dinie baru tahu tentang kematian dia… Ya Allah aku tak sanggup untuk melalui detik-detik kehilangan seorang lagi sahabat, semasa di tingkatan dua dulu aku pernah kehilangan seorang sahabat, dia pergi kerana accident, tak sangka aku akan kehilangan seorang lagi sahabat, sekarang sekali lagi aku diduga juga kehilangan sahabat akibat accident walaupun dia hanya sahabat di alam maya tetapi aku tetap menyayanginya sebagai seorang teman.. dia sangat periang, baik hati dan selalu  buat tema II nya tersenyum. Aku masih ingat  lagi perkenalan kami bermula di laman cbox penulisan2u, budak II cb yang baca entry ni mesti boleh agak kan siapa dia? dia selalu mengusik kitaorang pakai pic yang menakutkan kitaorang. Lepas itu dia juga la yang memperkenalkan ask.fm kepada ku.. dia lah yang mengajar aku cara II nak buat acc ask tu.. di ajar sehingga aku betul II faham :D  di situ kami kenal lebih ramai lagi kawan II.. disitulah kami selalu kongsi pelbagai cerita,  sampai lah aku nak amek exam stpm.. masa tu aku off ask selama sebulan,  dan tak sangka itulah doa terakhir dari dia, lepas exam aku on balik ask dan sentiasa ternanti nanti ask dari dia, sampaii la aku terbaca ask fina, ya aku terkejut sangat, terasa ini semua seperti mimpi, *menangis* itulah hakikatnya apabila aku baca ask tu, kini semua itu tinggal kenangan, sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak citer.. tapi diri ini tidak kuat.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang II yang beriman.. sama II kita hadiahkan sekalung Al-Fatihah buat arwah.. sahabatku kau sentiasa ada dalam ingatan kami semua…

Monday 2 December 2013

The Memory of 6 Bawah Wawasan (Jamuan Akhir Tahun 2013)

Jamuan akhir tahun 6 Bawah Wawasan 2013 (pra u)

hollaaaaa ;) alamak ! tak ingat nak bagi salam la pulak. assalamualaikum saudara saudari sekalian, errr terasa macam formal la pulak ! hahaha kali ni saja je update entry nak cite sal   jamuan akhir tahun jew :P sebenarnya jamuan ni dah lama, sebelum kitaorang exam lagi ;) masa hari jamuan tu aku demam !  yeaa aku demam, *malaz makan ubat* tapi aku kuat kan jugak semangat semata-mata nak join diorang sambut jamuan tu! jamuan 6 bawah dan 6 atas digabungkan buat sekali gus.. fuh !! malu siot bila senior-senior duk tengok jew kami buat keje.. maklumlah kami ni kan bdat hot kot, hahaha perasan lagi.. um masa pagi-pagi tu aku sengaja sibuk kan diri buat keje walaupun badan tak berapa kuat sangat.. tapi aku paksa jugak diri ni tak boleh nak dimanjakan sangat nanti naik lemak pulak... hehe malam sebelum jamuan tu Hawa salah sorang bestie aku suruh bawa kain sarung. kalut aku terjah almari cari kain ssarung tu! sebab apa?? sebabnya cik Hawa tu tak bagi tahu awal-awal nak kain sarung ni mesti untuk jamuan tu..        hehe kesian cik Hawa ni mesti sibuk maklumlah naib pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar..


ehem  hari jamuuan tu mula-mula kitaorang berkumpul macam biasa kat medan perhimpunan la kat mana lagi.. lepas dah dapat taklimat dari cikgu dan bacaan doa dari pengawas yang bertugas pada hari tu kitorang naik ke kelas masing-masing.  pastu Cik Hawa dan Cik Mida ajak kitaorang semua  ke dewan pra u untuk persiapan jamuan tu la... huhu mula-mula susun meja then pasang kain sarung yang aku bawak tu.. lepas tu  Ikmal suh kitaorang jadi kreatif sikit hari tu, di suruh kitaorang buat menda tah dengan kertas wane wani ... sebenarnya persiapan tempat ni diketuai oleh Ikmal la salah sorang AJK MPP dibantu oleh ahli-ahli yang sengkatan denganya.. haha busy betol !! masing-masing busy dengan tugas tapi sempat lagi snap pic :D hatu gambar lah katakan.. masa jamuan ni la kami boleh mengeratkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar 6 bawah dengan 6 atas termasuklah pelajar-pelajar dari kelas lain.. ada sorang abang tu sibuk jer nak join kitaorang buat *mende alah* yang ikmal suruh buat tu la.. hehe tu name baru mende tu.. siap hias dewan kitaorang balik ke kelas kitaorang la kelas sape lagi... hehe dekat jer kelas kitaorang dengan dewan tu tak perlu susah- susah nak  naik tangga.. dari dewan jalan straight jew jumpa la kelas kitaorang.. balik kelas snap pic lagi... tengah sedap-sedap snap pic ade senior mai kat kelas hantar kek :D kek !!!! cikgu K belanje !!! suka suka suka. lepas dh potong kek tu mula la perangai gila-gila kitaorang main suap-suap kek :D haha dah siap melantak kek kitaorang pegi kat dewan balik tuk ambil makanan jew tak makan un kat dewan tu tapi kitaorang bawa balik kat kelas makan kat kelas.. nak di dijadikan cerita kerusi-kerusi kelas kitaorang dah diangkut oleh ikmal n the geng ke dewan hanya tinggal kerusi yang tak ok jew kat kelas. nak taw kami duduk atas apa tuk makan tu ??? atas kertas majung ooo *dalam fikiran kitaorang bayangkan konon-kononnya tengah naik tikar terbang yang macam dalam cerita P.Ramlee tu*  hahaha makan makan makan !!! hah dah siap makan demam ak makin kuat :( sob sob sob  huhu sambung berehat atas tikar terbang ;) tapi sempat lagi snap pic :D hah kan betol kitaorang memang posing habis la hari tu! pastu sambung sembang sampai la waktu balik :D


Haaaa!! Ni la muka budak demam tapi masih ade hati nak bergambar :D wif C.Ainy & C.Mida




Hehehe tengok la perangai gila-gila kitaorang ni !!! wif geng 6BW

P/S : Haaa mesti korang nak tengok lagi pic kan?? Ala mengaku la nak malu-malu kucing pulak.. urm korang tengok jela video.. video tu akan di upload kemudian.. jangan marah haa :D
Senyum tak perlu kata apa-apa


THE END : PUBLISH