my followers

Friday, 28 June 2013

NoTa sEjArAh

Assalamualaikum... haiiiii budak2 prauniversiti... amacam study??? ok k ko??? hehe pape pun belajar rajin2 taw... korang sebenarnya dh pndai cume kna gilapkan sikit lagi... ceh *macam puji diri sendiri la pulak* :D *buat muke bangga* haaaa ni dinie nak kongsi dengan korang nota sejarah bab 1.. semoga ianya dapat membantu korang...


Nota Sejarah STPM Penggal 1 - BAB 1 MASYARAKAT
Bab ini membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga masyarakat industri.Antara topik yang dibincangkan termasuklah masyarakat feudal , masyarakat agraria , masyarakat maritim dan masyarakat industri.


1.1 MASYARAKAT FEUDAL


Pengenalan


Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai :

·                     Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat     dengan aturan & cara tertentu atau pergaulan hidup.
·                     Dari segi bahasa : komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu.
·                     Dari segi istilah : masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup & keseluruhan hubungan sosial.
·                     Masyarakat juga dapat menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara.


Pengertian
  
·                     Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik       tempatan yang ditadbir oleh individu-individu tertentu & bukan wakil leh kerajaan pusat.
·                     Feudalisme mengikut KAMUS DEWAN bermaksud susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat (hierarki)
·                     Struktur masyarakat feudal terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang MEMERINTAH dan golongan yang DIPERINTAH.
·                     Masyarakat Feudal mempunyai timbal balik dua hala antara kedua lapisan ini.
·                     Masyarakat Feudal terdapat dalam sejarah England , Asia Tenggara , Jepun dan China.









Faktor kemunculan sistem Feudal di Eropah

1)Keperluan mendapatkan perlindungan.
·                     Pada Zaman Pertengahan Awal , kehidupan masyarakat sukar kerana berlakunya serangan dan rompakan oleh orang Gasar.
·                     Serangan ini menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan.
·                     Maka, hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus.
·                     Apabila masyarakat diserang oleh raja-raja orang Gasar , mereka : 
-sukarela memberi penghormatan kepada wakil raja-raja     orang Gasar kerana mereka mendapat perlindungan daripada musuh & dapat meneruskan kehidupan.
·                     Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi :
-Rakyat menyerahkan tanah & diri mereka kepada lords.
-Rakyat berjanji akan menyerahkan sebahagian tanaman & menjadi tenaga tentera kepada lords.
·                     Dalam masa yang sama , tuan-tuan tanah mempunyai musuh dengan tuan-tuan tanah yang lain . Maka mereka :
-Memerlukan perlindungan.
-Mereka(tuan-tuan tanah) mahukan golongan bangsawan berkuasa ke atas tanah anak-anak buah dan hamba-hambanya.
·                     Bagi tuan-tuan tanah yg memiliki tanah-tanah daripada raja atau duke disebut sebagai tenants in chief(ketua penyewa).Mereka :-memberikan sebahagian tanah kepada orang lain untuk disewakan & diusahakan.-Mereka akan menerima kesetiaan daripada penyewa tersebut.

2) Pengaruh Rom
·                     Pada akhir pemerintahan empayar Rom , ramai golongan bangsawan yang berpengaruh telah mengambil alih pentadbiran tempatan.
·                     golongan bangsawan ini akan menjalankan pentadbiran , perundangan , dan mengutip cukai.
·                     Para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi hanya untuk mendapatkan keselamatan.
·                     Maka, ramai petani yang memberikan tanah-tanah merka kepada tuan-tuan utama(magnates)
·                     Tanah-tanah ini disatukan menjadi estet.
·                     Sebagai ganti rugi, lord akan membenarkan petani menggunakan tanah mereka seumur hidup.Perjanjian ini dikenali sebagaiprecarium.
·                     Pajakan precarium ini lebih rendah bebannya berbanding dengan cukai yang dikenakan oleh Rom.
·                     Satu lagi amalan masyarakat Rom yang menyumbang kepada feudalisme ialah amalan patrocinium. Berdasarkan amalan ini :
- Masyarakat/rakyat miskin dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang berpengaruh bagi menyara kehidupan mereka.
-Tentera-tentera persendirian mula terbentuk bagi menjaga keselamatan golongan bangsawan & petani
·         Petani-petani yang mengusahakan estet-estet Rom mula bersatu dengan petani yang memegang pajakan patrocinium. Perubahan masa telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini menjadi serf.


3)Pengaruh Jerman
·                     Kebanjiran puak Jerman di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal turut sama membawa amalan yang mereka amalkan di Jerman :
-Mereka membawa sistem lord/vassal yang dipanggil comitatus.
-Sistem ini adalah sama dengan amalan patrocinium & pemerintah Jerman atau herzog telah menyediakan makanan dan senjata kepada orangnya.
·                     Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-patron Rom & membentuk tentera persendirian besar yang dipanggil bucellarians. Hubungan yang wujud disebut feudal.

Ciri-ciri masyarakat Feudal

1.                  Susunan masyarakat secara berperingkat
- Susunan terbahagi kepada PEMERINTAH dan yang DIPERINTAH.
ENGLAND : kedudukan paling atas ialah raja diikuti golongan    bangsawan/tuan tanah(baron), ahli agama dan petani(serf)
JEPUN : terdapat raja , shogun , daimyo , samurai , petani,tukang dan pedagang .

2.                  Hubungan dua hala(timbal balas)
- Terdapat hubungan dua hala antara raja & bangsawan.
- Raja memberi perlindungan kepada pengikutnya(vassal) & pengikut memberi kestiaan & khidmat kepada raja.
Contoh : ketika raja memerlukan bantuan ketenteraan maka golongan bangsawan akan membekalkan tentera. Begitu juga dengan cukai/ufti diberikan oleh golongan penduduk kepada raja.

3.                  Hubungan petani dengan tuan tanah
- Apabila empayar Rom runtuh , kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah musnah .
- Dalam keadaan tidak selamat , petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
- Sebagai tukaran , petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
- Golongan petani yang tidak berkemampuan terpaksa menyerah tanah kepada tuan tanah dan menjadi hamba kepada tuan tanah.
- Jika tuan tanah berperang dengan tuan tanah yang lain , petani akan menjadi askar membantu tuan tanah mereka.







4.                  Kuasa Raja
ENGLAND
 :

- Kuasa politik raja terhad kerana terpaksa kongsi kuasa dengan bangsawan.
- Kuasa golongan bangsawan bergantung pada pengaruhnya di wilayah yang dikuasai .
- Pertentangan sering berlaku antara raja dengan golongan bangsawan , apabila raja mahu mengurangkan kuasa golongan bangsawan .


5.                  JEPUN :
- Maharaja tidak mempunyai kuasa politik .
- Maharaja ditempatkan di Kyoto . (pusat pentadbiran terletak di Edo )
- Maharaja ditempatkan di Kyoto.
- Pemegang kuasa sebenar ialah Shogun yang tinggal di Edo.
- Shogun memerintah secara langsung melalui daimyo & mengamalkan dasar pecah perintah.
- Daimyo ada 3 tau iaitu : DAIMYO FUDAI , DAIMYO SHIMPAN , DAIMYO TOZAMA .

6.                  Tentera/Peperangan
ENGLAND :

- Peperangan kerap berlaku antara bangsawan yang melibatkan wilayah berbeza.
- Petani menjadi tentera membantu bangsawan wilayah mereka.
-Jika raja memerlukan tentera, bangsawan akan membekalkan petani(serf) kepada raja.

JEPUN :

-Samurai adalah golongan yang membantu daimyo yang menaungi mereka .
- Mereka menjadi tentera kerajaan.
- Tidak dibenarkan kerja lain semasa keamanan.


7.                  Kedudukan lapisan bawah

ENGLAND :
- Petani pada kedudukan rendah di England
- Ada yang menjadi tukang , menghasilkan alatan perang & perabot.

JEPUN :

- Petani pada kedudukan yang paling dipandang mulia kerana menghasilkan makanan
- Membayar hasil 40-50% kepada daimyo.
- Petani lebih tinggi status daripada artisan & pedagang kerana Jepun negara pertanian & mengamalkan dasar tutup pintu.

No comments:

Post a Comment